Monday, May 20, 2013

Rumah Tumpangan UTHM


PENGENALAN

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.

KEMUDAHAN

  •  Tiga bilik tidur Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala . Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala. Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala.
  • Ruang tamu Kabinet TV dan LCD TV. Set sofa (2 + 2) dan meja kopi.
  •  Ruang makan Set meja makan untuk 6 orang.
  •  Dua bilik air
  •  Dapur Peti sejuk. Kabinet dapur. Jag air elektrik. Rak pinggan dan pinggan mangkuk.
  •  Kemudahan lain Penghawa dingin. Perkhidmatan wifi percuma. Tuala, sejadah dan selimut. Mesin basuh separa automatik. Seterika dan papan penggosok. Dua tempat letak kereta berbumbung. Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.






KADAR SEWA

Hari Biasa (Daftar masuk: Ahad – Khamis): RM150.00 semalam
Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM180.00 semalam
Waktu Puncak: RM200.00 semalam 

**Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.
* Sewa bilik: Sewa bilik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Daftar Masuk/ Keluar:
* Waktu daftar masuk: 2.00 petang
* Waktu daftar keluar: 
12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 

Rumah Tamu UTHM, Batu Pahat


PENGENALAN :

Rumah tamu UTHM merupakan rumah tamu yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja. Rumah tamu ini berhampiran dengan Kolej Kediaman Taman Universiti, UTHM. Rumah tamu ini memudahkan ibu bapa menginap semasa menghantar anak ke UTHM. Selain itu boleh ibu bapa turut boleh menginap semasa menghadiri Majlis Konvokesyen, mendaftar di IPT di sekitar Batu Pahat atau mengikuti kursus di sekitar Batu Pahat.

Rumah tamu ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Rumah tamu UTHM ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN. 







Kedudukan rumah tamu UTHM adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Rumah tamu UTHM juga terletak 2 KM (5 minit) dari UTHM. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai rumah tamu UTHM sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke rumah tamu UTHM.



Antara kemudahan yang disediakan :







Homestay Batu Pahat

Selamat datang ke laman blog Batu Pahat Homestay!! Kami menyediakan penginapan yang selesa dan memenuhi bajet anda .



Maklumat mengenai Homestay Batu Pahat, Johor :

-Terletak di 3 kawasan berbeza di daerah Batu Pahat, kami menjanjikan kemudahan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

-Lokasi kami yang strategik akan menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan lancar. Anda boleh google map kami sekarang!



Kami mengalu-alukan kedatangan anda di Homestay kami. Sila layari Tentang Kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami semua di sini.
Nikmati kemudahan dan pengalaman yang berbeza di setiap homestay kami. Kami turut menyediakan peralatan untuk aktiviti riadah anda.